Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, May 27, 2011

...

...nothing much to say...


...im just hurt...


-nite peeps-

ilysm ^^

who knows how long i've loved you
you know i love you still
will i wait a lonely lifetime
if you want me to, i will

for if ever saw you
i didn't catch your name
but it never mattered
i will always feel the same

love you forever and forever
love you with all my heart
love you whenever we're together
love you when we're apart

and when at last i find you
your song will fill the air
sing it loud so i can hear you
make it easy to be near you
for the things you do endear to me
you know i will

p/s : i love you damn much mr.ash zakri

Thursday, May 5, 2011

saya sayang awak , tapi ...

assalamualaikum...
skali lagi,entry kali ni share dari notes sorg FBians..hehehehe..
sangat2 tertarik dengan isinya,harap boleh dijadikan pedoman...
takde niat nak memerli siapa2,saya sendiri pun tak sempurna..
selamat membaca... ^^

Saya sayang awak.. Tapi betul ke saya sayang awak?? Awak sayang saya ke?? Kalau sayang, nape awak pegang tangan saya?? Awak nak tengok rambut saya, nak hug saya, nak saya pakai seksi2.. Memang la awak tak kasi boy lain tengok saya pakai seksi.. Tapi awak tak halal lagi untuk saya kan?? Awak sayang saya ke kalau saya kasi semua tu kat awak??


Saya sayang awak..Betul..Tak tipu..Tapi sayang ke kalau bila dengan awak, saya lalai?? Saya lupa kat Dia yang dah cipta saya, yang kasi saya perasaan cinta kat awak.. Saya lupa solat, saya lupa dosa.. Saya lupa Tuhan..Takut la...

Betul awak..Saya sayang awak.. Tapi saya takut.. Takut sangat nak sayang awak.. Awak baik, selalu solat awal.. Tapi nape bila dengan saya awak lupa solat?? Masa kuar, kita lalu je depan masjid.. Tak pernah stop.. Tapi kat tempat takde orang, kita stop. Beratus duit awak habis untuk saya kan?? Saya hargai sangat.. Saya tau awak sayang saya..Tapi nape awak tak simpan duit tu dulu..Kot2 ada jodoh, boleh kita kawen.. Awak... Saya takut.. Takut sangat.. Takut bila ingat pe yang kita dah buat.. Saya nak awak jadi halal utk saya.. Tapi tak boleh la sekarang.. Macam mana awak nak tanggung saya..Kita blaja lagi..Saya nak hidup dengan awak..Saya nak awak jadi imam saya.. Nak sangat share everything dengan awak.. Saya nak jadi kekasih halal awak..Tapi betul ke cara kita wak?? Saya takut laaaa...

Awak..Saya nak hidup dengan awak forever kat heaven.. Tapi layak ke kita gi heaven kalau kita camni??Macam mana kalau tiba2 Dia panggil kita pergi.. Tak kisah la saya dulu, awak dulu atau dua2 skali.. Boleh ke kita gi heaven kalau Dia panggil kita skarang?? Kalau la Dia tanya apa yang saya dah buat dengan awak, apa saya nak jawab nanti.. Saya maluuuuuuuuuuu sangat kat Dia..

Awak.. Lama saya fikir.. Saya fikir pasal kita.. Betul saya sayang awak.. Tapi, sampai bila kita nak camni??Awak.. Saya dah fikir lama... Lepas ni, kalau saya xmesej awak, xnak jumpa awak, xnak call awak, awak jangan salah faham tau.. Saya buat camtu sebab saya sayang awak sangat2.. Awak.. Saya nak forever kat syurga dengan awak.. Dulu saya sedih sebab kita jauh.. Tapi skarang, saya bersyukur sangat..Tuhan sayang kita.. Kalau dekat, awak boleh agak kan pe kita buat nanti??

Saya xtau camne nak bagitau awak..Saya nak jaga hati awak.. Tapi awak sedar tak sebenarnya saya dah kotorkan hati awak.. Saya suka goda awak dengan manja saya, dengan body saya.. Saya suka buat awak cair dgn saya.. Jahatnya saya.. Awak saya banyak dosa.. Awak nak ke terima org macam saya jadi wife awak?? Awak.. Saya nak bersihkan diri saya sebelum jadi yang halal buat awak.. Saya nak jadi the best wife.. Baru la awak xpandang orang lain dah.. Saya xnak susahkan awak dengan saya yang macam ni.. Awak.. Saya nak jadi bidadari awak.. Bukan kat dunia je.. Tp kat heaven gak.. Saya nak jadi bidadari awak yang forever..

Awak.. Saya tahu saya xbaik.... Banyak sangat kekurangan dan xlayak nak tegur salah awak.. Tapi saya sayang awak.. Apa kita buat, bukan ada org tahu pun... Sape lagi nak tegur awak kalau bukan saya?? Saya pun nak awak jadi suami yang boleh pimpin saya ke syurga.. Tak nak ke?? Takkan la awak sayang saya untuk hepi2 kat dunia ni je.. Awak xnak ke pilih saya jadi bidadari awak kat syurga nanti?? Awak.. Tolong la... Saya xnak dah jumpa awak.. Tapi mungkin saya lalai gak nanti.. Syaitan selalu ada dengan saya.. Suka je dia kalau saya keluar dengan awak, goda awak.. Awak.. Tolong la ingat kan saya gak bila saya lupa. Tolong ek.. Saya lemah sangat..Saya nak jadi kuat.. Kuat untuk awak.. Untuk hidup dgn awak.

Saya sayang awak.. Camne kalau tiba2 Dia panggil kita before kita sempat bertaubat..Takutnye saya..Awak xtakut ke?? Camne kita nak pergi syurga?? Camne saya nak jadi bidadari awak?? Saya nak sangat cinta ni kerana Dia..tapi dengan apa kita dah buat, layak ke kita letak nama Dia dalam cinta kita?? Malu sangat kat Dia..Awak..Saya nak berubah..Untuk diri saya gak, untuk parents saya.. Tapi, kalau saya berubah, awak still terima saya lagi kan?? Saya nak berubah pun sebab nak jadi the best untuk awak.. Untuk babies kita nanti.. Nak jadi mom yang the best..Huhu. Tinggi betul cita2 saya.. Saya pun nak kita jadi pasangan yang educated.. Nak sama2 berjaya.. Tapi educated yang taat padaNya la.. Mesti bahagia kan.. Kita ingat Dia, Dia pun ingat kita, so, boleh la Dia jaga kita nanti..

Awak, kalau la saya pergi dulu,saya nak tunggu awak kat syurga tau.. Awak doakan la saya biar boleh masok syurga.. Saya nak jadi bidadari yang tunggu awak..n there, i'll be yours forever... Tapi, kalau awak pergi dulu?? Iye..Saya sedih.. Tapi saya pun akan doakan awak.. InsyaAllah..Nanti awak tunggu la saya kat syurga k?? Mesti ramai bidadari tunggu awak kat sana.. Tapi, simpan la 1 tempat untuk saya k?? Saya nak jadi bidadari awak..

Awak.. Maafkan saya kalau ape yg saya buat dan bagitau ni mengguris hati awak.. Saya buat camni sebab saya sayang awak.. Saya xtau camne nak bagitau awak.. Sebab tu saya taip kt sini.. Maaf sebab saya post kat sini.. Bukan nak bukak keburukan sendiri.. At least mereka yang baca ni boleh jadikan kisah ni sebagai panduan.. Ramai kat luar sana kapel dan buat macam2.. Saya takot nak post kat awak.. Tapi saya harap awak tergerak hati nak baca ni k.. Awak.. Dah nak subuh la.. Kejap lagi mesti Dia panggil saya.. Ingat tau..SAYA SAYANG AWAK ETERNALLY N INFINITY.. n saya tunggu awak jemput saya sebagai yg halal utk awak nanti k..

by : I Love Allah SWT & Prophet Muhammad SAW

apabila lelaki kehilangan tulang rusuk

WANITA   : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI   : Kamu!!!
WANITA   : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI   : Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti)
           Kamu, tulang rusukku.
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian.Saat Adam sedang lena tidur,
Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa.Semua LELAKI mencari tulang
rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya…


Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak cintakan saya lagi !!”.
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga
berteriak “Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku !!”
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. “Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi.
Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI   : Apa khabar?
WANITA   : Baik… Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI   : Belum.
WANITA   : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan      berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “Selamat tinggal..”
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.
Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang
dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah
terlambat…

Kerana itu,  jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh
hati. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata
yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan
menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar
risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan
akibat yang akan diterima?
ikhsan :
http://panduanislam.com/blog/2011/01/apabila-lelaki-kehilangan-tulang-rusuk/