Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 16, 2012

jangan bersedih

jangan bersedih duhai hati , kerana qada' telah ditetapkan.
sesuatu yang telah ditakdirkan telah terjadi , pena-pena telah mengering ,
lembaran-lembaran catatan ketentuan telah pun dilipatkan dan
setiap perkara telah ditetapkan. kesedihan tidak akan dapat 
mendahulukan atau melambatkan kenyataan yang terjadi dan tidak
juga mampu menambahkan atau mengurangkan
apa yang telah ditetapkan.
jangan bersedih duhai hati , kerana kesedihan itu akan mendorong untuk
menghentikan putaran roda zaman. menyelubungi matahari agar
tidak terbit. memutarkan jarum jam kembali ke masa lampau ,
mengudur ke belakang dan mengembalikan aliran air sungai
kepada sumbernya semula.
jangan bersedih duhai hati , kerana kesedihan itu laksana badai yang
merosakkan cuaca, membuat air bah di mana-mana, mengubah
cuaca langit dan mencacatkan keindahan bunga-bunga yang sedang
mekar berseri di taman. jangan bersedih duhai hati, kerana orang yang merasa
sedih itu bagai sungai. muaranya ke laut dan mengalir kembali ke
laut. dia juga ibarat seorang wanita yang menguraikan tenunan
yang kuat pintalannya, ibarat seorang musafir yang meniup bejana
kulit yang berlubang-lubang atau ibarat seseorang yang menulis
di atas air dengan tangannya.
jangan bersedih duhai hati, kerana usia yang sebenarnya adalah
kebahagiaan dan ketenangan hati. oleh sebab itu, jangan
persiakan usia dalam kesedihan. jangan biarkan malam-malam
dalam kecemasan. jangan tukarkan kebahagiaan dengan
ketakutan dan jangan sia-siakan waktu yang masih tersisa.
kerana sesungguhnya Allah tidak sukakan mereka
yang mempersiakan masa dan waktu.

Saturday, May 12, 2012

for you...


for you mr. ash zakri

hayati betul-betul video dan lagu ni

khas untuk awak

setianya cinta mereka

sampai ke akhir hayat

diharap cinta kita pun begitu juga...

dari saya ,

gadis yang tak pernah berhenti cinta dan sayangkan awak

yang setia menemani awak

sampai akhir nyawa saya

" andai takdir kita bersama lagi ,

ku ingin hidup bahagia bersamamu "

-mrs.ash-


thank you...


for you mr. ash zakri...

thank you...

for always being there and giving me all you've got

for pushing me to the top when i'm down

for always be on my side when i need a friend

for your love that keep me feel safe and warm

for being the arms to be my shelter through all the rain

for being someone that i know i can lean on

for a heart i can rely on through anything

for everything you do

and

for being the one who i can run to

you're the perfect

partner,

bestfriend,

hubby

and 

soulmate

that i ever had...

and this song is specially dedicated for you...

(^__^)



awak ingat lagi tak saya nyanyikan lagu ni malam tu untuk awak?

mungkin tak sesedap penyanyi asal

tapi ianya ikhlas dari hati

i love you, so much 


-mrs.ash-

saya nak awak tahu...


mungkin saya bukan yang terbaik untuk awak,

mungkin saya bukan yang paling sempurna untuk awak,

dan mungkin saya bukan yang paling memahami awak..

tapi saya nak awak tahu,

yang awak takkan jumpa orang yang...

akan sayang awak macam saya sayang awak,

akan jaga awak macam saya jaga awak,

akan rindukan awak macam saya rindukan awak,

akan bahagiakan awak macam saya bahagiakan awak,

akan cintakan awak sampai hujung nafas macam saya cintakan 

awak...

memang saya tamak...

sebab...

saya mahu memiliki awak sepenuhnya,

saya tak mahu orang lain ambik awak dari saya,

saya tak mahu berkongsi kasih sayang awak dengan sesiapa,

saya tak sanggup tengok awak dengan orang lain selain saya...

walaupun saya sedar...

awak dah tak perlukan saya lagi dalam hidup awak,

awak dah tak mahu saya ada di sisi awak lagi,

awak dah tak harapkan apa-apa dengan hubungan ni lagi...

tapi saya nak awak tahu,

harapan saya masih tinggi untuk hubungan ni...

sebab...

saya tak mampu untuk hidup tanpa awak,

saya tak mampu nak harung semua ni tanpa awak...

awak hidup saya

awak nyawa saya

awak cinta saya

saya akan tetap sayang dan cintakan awak

sampai hujung nafas saya

andai kata saya dah takde lagi lepas ni

saya nak awak tahu

gadis ni tak pernah berhenti cintakan awak




khas buat mr hubby..


-mr.ash zakri-