Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, October 13, 2012

cinta sang ratu


Cinta Sang Ratu...
...laksana langit mencengkam purnama...
...ibarat mutiara di lautan biru...
...saujana mata memandang...
...seluas langit terbentang...
...tatkala cinta berbisik...
...suaranya memuji TUHAN...
...apabila rindu terusik...
...Rasulnya menjadi pilihan...
...sampai masanya cinta jadi taruhan..
...Sang Ratu menjadi impian...


Wednesday, May 16, 2012

jangan bersedih

jangan bersedih duhai hati , kerana qada' telah ditetapkan.
sesuatu yang telah ditakdirkan telah terjadi , pena-pena telah mengering ,
lembaran-lembaran catatan ketentuan telah pun dilipatkan dan
setiap perkara telah ditetapkan. kesedihan tidak akan dapat 
mendahulukan atau melambatkan kenyataan yang terjadi dan tidak
juga mampu menambahkan atau mengurangkan
apa yang telah ditetapkan.
jangan bersedih duhai hati , kerana kesedihan itu akan mendorong untuk
menghentikan putaran roda zaman. menyelubungi matahari agar
tidak terbit. memutarkan jarum jam kembali ke masa lampau ,
mengudur ke belakang dan mengembalikan aliran air sungai
kepada sumbernya semula.
jangan bersedih duhai hati , kerana kesedihan itu laksana badai yang
merosakkan cuaca, membuat air bah di mana-mana, mengubah
cuaca langit dan mencacatkan keindahan bunga-bunga yang sedang
mekar berseri di taman. jangan bersedih duhai hati, kerana orang yang merasa
sedih itu bagai sungai. muaranya ke laut dan mengalir kembali ke
laut. dia juga ibarat seorang wanita yang menguraikan tenunan
yang kuat pintalannya, ibarat seorang musafir yang meniup bejana
kulit yang berlubang-lubang atau ibarat seseorang yang menulis
di atas air dengan tangannya.
jangan bersedih duhai hati, kerana usia yang sebenarnya adalah
kebahagiaan dan ketenangan hati. oleh sebab itu, jangan
persiakan usia dalam kesedihan. jangan biarkan malam-malam
dalam kecemasan. jangan tukarkan kebahagiaan dengan
ketakutan dan jangan sia-siakan waktu yang masih tersisa.
kerana sesungguhnya Allah tidak sukakan mereka
yang mempersiakan masa dan waktu.

Saturday, May 12, 2012

for you...


for you mr. ash zakri

hayati betul-betul video dan lagu ni

khas untuk awak

setianya cinta mereka

sampai ke akhir hayat

diharap cinta kita pun begitu juga...

dari saya ,

gadis yang tak pernah berhenti cinta dan sayangkan awak

yang setia menemani awak

sampai akhir nyawa saya

" andai takdir kita bersama lagi ,

ku ingin hidup bahagia bersamamu "

-mrs.ash-


thank you...


for you mr. ash zakri...

thank you...

for always being there and giving me all you've got

for pushing me to the top when i'm down

for always be on my side when i need a friend

for your love that keep me feel safe and warm

for being the arms to be my shelter through all the rain

for being someone that i know i can lean on

for a heart i can rely on through anything

for everything you do

and

for being the one who i can run to

you're the perfect

partner,

bestfriend,

hubby

and 

soulmate

that i ever had...

and this song is specially dedicated for you...

(^__^)



awak ingat lagi tak saya nyanyikan lagu ni malam tu untuk awak?

mungkin tak sesedap penyanyi asal

tapi ianya ikhlas dari hati

i love you, so much 


-mrs.ash-

saya nak awak tahu...


mungkin saya bukan yang terbaik untuk awak,

mungkin saya bukan yang paling sempurna untuk awak,

dan mungkin saya bukan yang paling memahami awak..

tapi saya nak awak tahu,

yang awak takkan jumpa orang yang...

akan sayang awak macam saya sayang awak,

akan jaga awak macam saya jaga awak,

akan rindukan awak macam saya rindukan awak,

akan bahagiakan awak macam saya bahagiakan awak,

akan cintakan awak sampai hujung nafas macam saya cintakan 

awak...

memang saya tamak...

sebab...

saya mahu memiliki awak sepenuhnya,

saya tak mahu orang lain ambik awak dari saya,

saya tak mahu berkongsi kasih sayang awak dengan sesiapa,

saya tak sanggup tengok awak dengan orang lain selain saya...

walaupun saya sedar...

awak dah tak perlukan saya lagi dalam hidup awak,

awak dah tak mahu saya ada di sisi awak lagi,

awak dah tak harapkan apa-apa dengan hubungan ni lagi...

tapi saya nak awak tahu,

harapan saya masih tinggi untuk hubungan ni...

sebab...

saya tak mampu untuk hidup tanpa awak,

saya tak mampu nak harung semua ni tanpa awak...

awak hidup saya

awak nyawa saya

awak cinta saya

saya akan tetap sayang dan cintakan awak

sampai hujung nafas saya

andai kata saya dah takde lagi lepas ni

saya nak awak tahu

gadis ni tak pernah berhenti cintakan awak




khas buat mr hubby..


-mr.ash zakri-



Saturday, November 26, 2011

senarai kekurangan dan keburukan


Seorang lelaki dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah dan meriah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh memberi kesan di hati. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling mencintai dan sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya " Abang, saya baru membaca sebuah artikel dlm majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita" katanya manja sambil menunjukkan majalah tersebut. " Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia...."


Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatatkan hal-hal yang kurang baik sebab hal tersebut untuk kebaikan bersama mereka. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatatkan apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.


Besok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. " Saya akan mulakan dulu ya". Kata isteri. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya. Sekitar 3 mukasurat. Ketika is mulai membaca satu persatu hal yang tidak dia sukai dari suaminya, ia memperhatikan bahawa airmata suaminya mulai mengalir...."Maafkan saya bang, apakah saya harus berhenti?"..tanyanya. "Oh...tak apa, teruskanlah sayang..." jawab suaminya.


Dan si isteri terus membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipatkan kertasnya dengan senyuman manis di atas meja dan berkata dengan bahagia " Sekarang, giliran abang membacakan senarai yang abg tulis"...Dengan perlahan suaminya berkata "Abang tidak mencatatkan sesuatupun di atas kertas ini. Abang berfikir bahawa dirimu sudah sempurna dan abang sekali-kali tidak ingin mengubah akan dirimu. Abang menyayangimu dan menyintaimu kerana dirimu seadanya kamu. Awak terlalu cantik dan baik bagi abang. Tidak satupun dari peribadimu yang tidak menyenangkanku sayang...."


Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya. Bahawa suaminya menerimanya apa adanya...ia menunduk dan menangis.


** Dalam hidup ini, banyak kali kita merasa dikecewakan, tekanan dan sakit hati. Sesungguhnya tak perlu menghabiskan waktu memikirkan hal-hal tersebut. Hidup ini penuh dengan keindahan, kegembiraan dan pengharapan. Mengapa harus menghabiskan waktu memikirkan perkara yang buruk, mengecewakan dan menyakitkan hati jika kita boleh menemukan banyak hal-hal yang indah, yang baik dan boleh kita terima di sekeliling kita? Kita akan menjadi orang yang berbahagia jika kita mampu melihat dan bersyukur untuk hal-hal yang baik dan melupakan yang buruk.

Monday, September 19, 2011

malang tak berbau..


salam...
orang tua2 salu pesan kat kite,hati2 dalam lakukan ape kerja sekali pun...sebab malang tak berbau..
memang sungguh la benda tu..kalo malang tu boleh bau,memang takde sape la yang ditimpa malang dalam dunia ni kan? sebab kalau boleh semua orang nak elak dari ditimpa malang..
haaaa tu la topik yang aku na kongsikan kali ni..da sekian lama xmembebel kat sini kan? slama ni asek copy+paste je..arini aku na merepek puas2..agak2 korang yang bijak pandai ni la kan, ape agaknye yang jadi berdasarkan gmbr di atas? ofcos la eksiden kan? haihhh,tu la yang jadi kt umah aku td..kejadian ni berlaku pukul 1230 tengah hari..bak kate jiran aku,MELODI baru na start..kaco orang na tengok MELODi je katanye..hahaha..ceritanya macam ni...

pada tengah hari yg tijuk td,aku nan adik aku tgh dok lepak2 dalam umah..kitorg tgl berdua je,parents kami kuo p klinik..na dijadikan cerite,kami dengor le bunyi bising2,ingatkan kot guruh..yela,sb kat luo pn ari ujan..aku tanya adik aku "mai,ma ade jemur kaen tak?" mai : manade jemur ken"..so,bile die kata xde jemur ken,aku wat bodo jela.dgr lagi bunyi bising.ingtkan kot lori angkat besi..tau2 aku nampak kete kunen2 cm mambang kunen da ade depan umah aku dan.... BAMMMMMM ! die rempuh tong sampah nan peti surat umah aku yang xbsalah tu..haishh..tgamam sejap..
runtuh tong sampah nan peti surat rumahku..
haaa ceni lah rupanye tong sampah nan peti surat umah aku jadinye..aiyoooo..pecah habis sumenye..huhuhu..seyesly memang tergamam sgt2,blur sejap aku jadinye..pasaan masa tu da bcampur baur..na marah pun ade,blur pun ade,cuak pun ade..iskh2..sabo jela..selama ni aku dok bace kat paper,kete rempuh gerai,bas rempuh umah,teksi rempuh kedai..tapi sume tu lokasi kat tepi jalan..ni umah aku yg xdok tepi jalan pun boleh kena rempuh? aiyooo.for the very 1st time,aku rasa xselamat lgsg duduk kt rumah sendiri..sedey kan?alhamdulillah la,xd yg mati kena langgar..nasib baik time tu hujan,so no kids yg main kt luar..syukur sgt2..sebab anak jiran n adik kecit aku sniri pn ske main kt lua..kalo x,xtau la ape jadi kt dorang..haih..
ni dari side dalam..
ni dari luar
ni gambar close up..huhuhu..sedih aku tengok umah aku sniri..so skunk ni umah kitorang da xd gate..hohoho..sume roboh..sentap jantung sejap..kalo aku ade heart attack,da lama jalan agaknye..adei2..sian umah kami..xpe la,ape na buat..mungkin ade hikmah dsebalik semua ni..seperkara lagi,budak *eh,budak ke?umo lg tua dr aku kot?* yang drive kete ni xde lesen..sadis sungguh..na tekan break,tertekan minyak..tapi bile aku tanya cane leh rempuh umah aku,die salahkan break xberfungsi..hahahaha..betul aku rasa na hempuk die ngn ape je yg ade dkt ngn aku td..sabar jela..bangang punye alasan !
this is what we called the real OPEN HOUSE =D
keadaan lepas kete kancil tersebut dtarik
so ceni la rupa umah aku skunk..umah xberpagar..segan gak la,orang lalu lalang tgk umah aku xde pagar ceni..ase cm rongak je rumah ble dah lompong ceni..hahaha..sungguh la,rasa mcm duduk kt kg..kuar2 rumah perghhhh luas gile pemandangan..saujana mata memandang..hahahaha..
xpelah,mak aku pn memang berhajat nak tuka gate baru..so Allah da makbulkan hajat die,tp dengan cara lain la..so ma,kite xpayah kuar duit bayar upah orang utk pecahkan tembok tu,hahahaha..ni baru betul2 punya OPEN HOUSE..terbuka memanjang gate umah aku..hahahahaha..=D

so,untuk korang2..especially yg under age ni..sila patuhi undang2 jalan raya,utk kebaikan korang jugak..kalo xd lesen tu..buat la cara mcm xde lesen..xpayah nak riak+bangga sangat na drive ke hulu ke hilir mcm da ade lesen..kalo jadi benda mcm ni kan ke da menyusahkan semua orang? orang lain pulak nak kena bertanggungjawab atas kesalahan yang kita buat..xelok kan mcm tu?kalo melibatkan kematian,lagi parah.ni pn alhamdulillah,xde nyawa yg melayang.kalo ade,macam mana?jadi mcm ni pn belum tentu ade duit lg na bayar.heh.macam2 hal betul.

terpikir gak nan mai tadi..cemana kalo inche posmen na anta surat?masuk letak kt dlm umah terus ke?sebab peti surat da xde..hahahahaha..mesti orang2 MPS yang kutip sampah pagi2 tu usyar pelik je umah aku..sebab da xd tong sampah..bukan takat xd tong,pagar nye pun ilang terus..hahahaha..ni pun sadis je aku nenok plastik sampah tu terbior gitu..hahahaha..macam2 hal sungguh la..

cukup la sampai sini je aku bebel..penat la..yang sebenarnya,aku xhabis pk lg ni..mcm mana la budak tu boleh hentam umah aku? iskh3..hahahaha..kalo na dilayan pale ni,sampe esok pagi pn belum tentu boleh habis pk kan?hehehe.myb ape yg jadi ni ade hikmah die tersendiri.kita pn tatau benda ni nak jadi kan? hanya DIA je yang MAHA MENGETAHUI tentang ape yang telah DIA aturkan untuk kita di dunia ni..kita sebagai hamba,kna redha dengan segala ketentuan-Nya..

wassalam.. ^^