Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, April 28, 2011

ku ingin kamu

Demi semua yang aku jalani bersamamu
Kuingin kau jadi milikku
Kuingin kau disampingku
Tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta
Dan hanya dirimu yang bisa
Membawa surga dalam hatiku

Kuingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku

Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia disini
Menemani…

Sentuhanmu
Bagaikan tangan sang dewi cinta
Yang berhiaskan bunga asmara
Dan membuatku tak kuasa
Di setiap arung gerak
Tersimpan di hati kecilku
Bahwa dirimu terindah untukku

Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernapas
Selama Tuhan masih mengijinkan
Kuingin selalu menjagamu

Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernapas

bisik - bisik tetangga

Manusia - Eh, Udah subuh ya?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan sholat subuhmu . Syaitan - Alahhhhhh, tidurlah, masih ngantuk ini…nanti aja?.zzzzzzzz...

Manusia - mau makan, lapar..
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulailah dengan Bismillah…
Syaitan - Ahh, tidak usah… udah lapar ini !! mmm..enaknyaaaa..
Manusia - Hari ini mau pakai apa ya?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ah panas!!, pake terusan langsung seperti orang kampung!!!
Manusia - Azan sudah kedengaran.. .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajiban
Syaitan - Baru jam berapa.. rilex lah..Nanti aja?.
Manusia - Eh, eh… tidak boleh lihat ini, berdosa…
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh… bagus banget… . rugi loooh kalau tidak melihatnya.. Mubadzir...
Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahlah dia..
Syaitan - Untuk apa kau sibuk? Jangan ganggu urusan orang lain..
Manusia - Baguskah kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain?
Malaikat - Wahai anak Adam, saling nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan - Pikirlah sendiri, semua juga sudah besar, buat apa susah2…?
Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha pengampun.
Syaitan - Nanti dulu, lain kali kamu boleh bertaubat… lagipun hanya sekali…. rugilah. .. (kalau sempat saja)
Manusia - Kalau pergi, mesti senang-senang!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan - Jangan bimbang, tiada siapapun yang tau…Lanjutkanlah..
Manusia - Uuhhh? letihnya hari ini.. solat ga ya??
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu…
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (saja) dan kebahagiaan di akhirat (jangan mimpi!) untukmu…
Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Apa sebaiknya saya biarkan info ini dalam pengetahuanku saja???
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal, beritahu tentang info ini....
3. Syaitan - Untuk apa sibuk-sibuk??

Monday, April 25, 2011

pelik dan jelik mengenai couple (sekadar renungan)

assalamualaikum...
entry malam ni just untuk sekadar renungan sahaja...cam agak tertarik dengan isi nye..hehehehe..tak ada niat untuk memerli atau menyindir sapa2,sebab saya sendiri pun tak sempurna..harap tak ada yang akan terasa hati dengan entry ni..hehehehe..sekadar untuk renungan bersama sahaja.. ^____^

Yang pelik….
Masa korang couple, sebelum berpisah dari dating si gf akan salam si bf .. siap cium tangan lagi, konon-kononnya nak jadi isteri yang solehahlah.. konon-kononnyalah ….

Yang jelik….
Lepas korang kahwin beranak-pinak, si suami nak pergi kerja .. si isteri tak salam cium tangan suami pun ….

Yang pelik….
Masa korang couple, si gf kalau nak keluar pergi mana-mana kena minta kebenaran si bf. Kalau si bf tak bagi, tak keluar. Konon-kononnya derhakala ….konon-kononnyalah ….Ni aku nak bagitau kat korang mana satu derhaka. Kalau korang nak keluar korang kena mintak kebenaran mak bapak, bagi tau nak pergi mana. Tak payah nak mintak kebenaran bf korang…bf tanggung korang ke? Selagi korang di bawah tanggungan mak bapak korang, diorang bertanggungjawab atas korang.

Yang jelik….
Lepas korang kahwin beranak-pinak, si isteri dah tak mintak pun kebenaran suami nak keluar. Jangan katakan mintak kebenaran ..SMS bagitau nak pergi mana pun takde… si suami tu tunggul kayu kat umah ke?

Yang pelik….
Masa couple, korang pakai tudung sebab nak tutup aurat. Tak nak bagi orang lain nampak rambut .. kulit sumela…

Yang jelik….
Bila berwebcam ataupun hantar gambar untuk bf korang …. korang tak cover pun rambut dan aurat korang. Takpela… nanti dia jadi suami aku jugak… jadi halal jugak nanti … kata korang. Semuanya untuk abang sayang ….

Yang pelik….
Bila korang couple, masa dating si perempuan terpaksa la bagi si lelaki pegang tangan…. pegang pinggul ke ..cium-sium sikit pipi ke. No touch no love la katakan… nak tunjuk sayangnya kepada bf …sanggup berkorban jiwa,raga dan dara. Kang kalau tak bagi, si bf tinggalkan kita pulak … cari orang lain.

Yang jelik…..
Bila korang dah kahwin beranak-pinak, dah tak berpegangan tangan lagi dah…. dah tak rasa apa-apa lagi lepas kahwin. Si suami minta dilayan korang tolak mentah-mentah. Malaikat laknat wo…. sampai ke pagi.

Yang pelik….
Masa korang couple, bila berborak dengan kawan-kawan..semua orang sibuk cerita pasal kehebatan bf masing-masing.

Yang jelik….
Bila korang dah kahwin beranak-pinak, bila berborak dengan kawan-kawan …semua orang sibuk cerita pasal keburukan, kekurangan suami masing-masing. Jadilah korang isteri yang derhaka.

Yang pelik….
Masa korang couple, si lelaki suka sangat kongkong hidup si perempuan. Mana korang pergi kena mintak kebenaran si bf. Si bf cakap ni .. korang pun ikut je… si bf pun bangang jugak …konon-kononnya nak jadi suami yang tegasla nanti…. konon-kononnyala…

Yang jelik….
Bila korang dah kahwin beranak-pinak, si isteri jadi Queen Control. Si suami ikut je telunjuk si isteri. Si isteri pun tak nak dengar cakap si suami. Si isteri marah, herdik, perbodohkan sikit …si suami dah takut. Si suami berdosa sebab dayuz, si isteri berdosa sebab control suami. Mana taat setia korang sebelum kahwin dulu, wahai perempuan ? Mana sifat tegas dan kepimpinan korang sebelum kahwin dulu, wahai lelaki?

Pelik dan jelik ..tapi benar…
Aku harap korang tak termasuk dalam golongan pelik dan jelik di atas.

Err.. korang tak kan ?

happy reading guys ^__~

buat adam dan hawa yang sedang mencari cinta

assalamualaikum...
saya tertarik bila bace note yang di post di wall salah sorang FBians...so sy post kat sini untuk dikongsi dengan kamu...
selamat membaca...

benar..jodoh itu ketentuan TUHAN..tapi kita akan ada terma merisik..??salah ke merisik..??x salah bahkan dianjurkan supaya x tersalah pilih..hmm..

untuk adam..
andai mahu mencari hawa..

1. jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata..kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..lihatlah pada telapak tangannya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik..fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya..sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..

2. jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami..

3. jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..andai tidak redup menunuduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..

untuk hawa..
andai mahu menerima cinta adam..

1. jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pada aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

2. jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

3. jangan dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir pabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..

lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu..sebelum ini..wanita berhijab itu sesungguhnya mmg mulia zahir batinnya..tetapi hari ini..mereka yang bertudung barangkali hanya utk menyembunyikan kelemahan diri..begitulah juga sang lelaki..kadang-kala berkopiah..dari mata nampak sungguh alim..tetapi dlm hatinya..??siapa yang tahu..

sekadar renungan bersama..^^

Wednesday, April 20, 2011

cantik...bukan sebab utama untuk dicintai...

Jika seorang lelaki mengatakan dia mencintai anda 
SEMATA-MATA KERANA KECANTIKAN ANDA,
awas, anda mungkin akan ditinggalkan apabila sudah tidak cantik lagi.
Jika seorang lelaki mengatakan dia sanggup berkorban apa saja demi cintanya kepada anda dan apabila anda bertanya mengapa, dia memberitahu kerana, 
*AKU TERPESONA DENGAN WAJAHMU,*
awas anda akan ditinggalkan apabila wajah anda tidak lagi mempesona.
Lelaki yang terlalu memuji anda sebagai *bidadari* bukan calon terbaik untuk dijadikan suami.
Kalau dia terpukau dengan kecantikan anda, tentu ramai lagi yang lebih cantik daripada anda di luar sana.
Kalau hari ini dia boleh terpukau hanya kerana kecantikan anda, tidak mustahil dia akan terpukau dengan kecantikan yang mengatasi anda suatu masa kelak.  Jatuh cinta disebabkan cantik itu penting, tapi jika terlalu dipentingkan anda bakal menjalani kehidupan yang tidak menentu pada usia-usia mendatang.
Ingat, lelaki sentiasa *muda*, 
jika dia menjadi ghairah oleh bibir yang merekah sampai bila-bila pun dia akan ghairah dengan bibir yang begitu.
Tiada istilah pencen meskipun dia sudah tidak berupaya untuk berdiri tegak.
Dia mungkin tidak berbuat lantaran *tidak boleh lagi* tapi hati di dalam tetap muda dan berbunga-bunga.
Percayakah anda?
Anda *patut* percaya, sebab lelaki yang hanya mementingkan kecantikan sebenarnya *buaya* yang tidak mahu menilai keseluruhan anda.
Dia menyempitkan penilaiannya hanya pada muka dan apabila muka itu sudah tidak menepati cita rasanya, perasaannya turut berubah. 
Jika anda memiliki wajah yang cantik, usah terlalu gembira sebab mungkin anda akan bertemu dengan lelaki yang salah; jika anda hodoh jangan pula bersusah hati sebab lelaki sejati adalah mereka yang menilai wanita secara tersendiri.
Cinta yang dibibitkan oleh kecantikan dan ketampanan semata biasanya tidak kekal hingga ke hujung.
Buktinya banyak.
Jika kita hendak mengambil artis atau model sebagai contoh (maaf para artis dan model, sekadar contoh), kita akan dapati mereka adalah golongan cantik dan tampan tapi kerap mengalami kelukan hati.
Jika kita mendengar artis itu bercerai, model itu ada skandal, itu bukanlah memeranjatkan sangat.
Namun, kita tentulah tidak menafikan ada yang amat loving dan kekal ke akhir hayat, tapi jumlah yang bermasalah sentiasa mengatasi.
Kecantikan dan ketampanan adalah tiket kebahagiaan tetapi tiket itu tidak valid sepanjang zaman.
Ada ketikanya tiket itu akan sampai ke tempoh tamat, hanya mereka yang tidak terlalu meletakkan kecantikan sebagai tiket percintaan akan kekal, selain dan selebihnya akan mengorak langkah. Pergi.
ALLAH menjanjikan setiap lelaki beriman dengan bidadari yang amat cantik hingga tidak tergambar oleh akal.
Mengapa ALLAH janjikan bidadari yang amat cantik?
Sebab di situlah makna kecantikan yang sebenar.
Kecantikan di dunia adalah kenderaan untuk menuju ke situ.
Maka itulah, kecantikan dan ketampanan di dunia ini tidak boleh dijadikan teras untuk mencintai.
Bagaimana cantik pun akan pudar, bagaimana tampan pun akan hilang.
Kecantikan atau ketampanan bukan teras keintiman.
Ia alat untuk menikmati sebahagian kehidupan yang terbaik, namun ia bukan yang terbaik.
wajah yang indah dipandang akan menjadi cuka yang memasamkan kehidupan jika yang lain-lain tidak cantik.
Kopi adalah pahit jika berdiri sendiri, tapi kopi menjadi enak apabila digandingkan dengan gula dan susu.
Anda cantik, maka anda boleh berdiri sendiri tapi tanpa keperibadian dan iman yang padu anda ibarat kopi tanpa gandingan gula dan susu.
Selama mana boleh bertahan? 
Sebaik-baik kopi pahit dinilai dari sudut kepahitannya, tapi apabila ada kopi bersusu dan bergula, ia sentiasa lebih disukai dan akan terus disukai.
Awas jika anda teramat cantik dan digilai ramai sebab kemungkinan untuk anda bertemu lelaki yang salah jauh lebih besar.
Bukan untuk menakutkan tapi cubalah fikirkan 

happy reading ^__^

Tuesday, April 19, 2011

7 jenis CINTA

Assalamualaikum.. dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. 
dengan memahami jenis kisah cinta kita, happy ending bukan sekadar mimpi & nak tahu apa saja cerita cinta itu?? Jom..   
 
1. CINTA PERTAMA 
Kadang-kadang boleh berubah seiring dgn waktu. SO, pandai2la bagaimana merawatnye supaya cinta pertama tetap segar.. first love never dies.. yang pertama belum tentu yang terbaik.. tetapi yang terakhir biasanya yang terbaik.. 
2. CINTA PEMBIMBING 
Hmm.. yang ni biasanye dialami oleh sebahagian besar wanita. Kebanyakan daripada kita ingin mendapatkan pasangan yang boleh memberi pengetahuan tentang segalanya. Pasangan yang juga boleh menjadi guru seorang yang boleh kita jadikan idola dan yang dapat menolong mengembangkan bakat diri kita.  
3. CINTA MENGGODA 
Seseorang yang terlalu mencintai kekasihnya, walaupun telah ditinggalkan pergi tetap yakin bahawa si dia tetap akan kembali kepadanya.  
4. CINTA BERBEZA STATUS
Hal ini tak jadi masalah andainya kedua2 belah pihak aman bahagia. Tapi perbezaan status sosial yang terlalu jauh kadangkala boleh membuat salah satu pihak merana bila ikatan emosi di antara keduanya kurang kuat macam kisah cinta Kassim Selamat peniup saksofon dengan Sabariah anak Nyonya Mansor tu la.   
5. CINTA 3 SEGI
Tak kurang juga ada wanita yang tertarik kepada lelaki yang dah terikat atau sebaliknya ada wanita yang gemar main cinta walaupun dah terikat. Dalam hal ini,telah menimbulkan cabaran dan dugaan yang cukup sukar ditepis  
6. CINTA SI PENYELAMAT 
Ini kisah cinta apabila kita selalu menolong si dia setiap waktu, setiap masa. Si dia menganggap bantuan kita ikhlas, sedangkan kita pula menunggu balasannya..so, berikanlah cinta yg tulus kepadanya..Think positive!   
 7. CINTA DAN USAHA 
Cinta itu perlukan usaha jugak..mana boleh kita duduk dalam rumah menunggu saja org masuk meminang..usaha kene ada juga. Oleh itu..berusahalah kita utk mendapatkan cinta yg kita inginkan.   Apa yg pasti cinta yg Agung itulah yg kekal abadi dan kasih manusia sering bermusim . sayang manusia tiada abadi Kasih Tuhan tiada bertepi..sayang Tuhan janjiNya pasti.. 
wassalam… 
^__^

Saturday, April 16, 2011

gambaran hari kiamat

*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.    
Gambaran Hari Kiamat  
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. 
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: ⅰ- Pemimpin yang adil. ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah. ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”. ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. (Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004. ☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama : ① Sedekah/amal jariahnya. ② Doa anak²nya yang soleh. ③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.  

sumber daripada : Amar Sufi

Thursday, April 14, 2011

ayah

-------AYAH--------

Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari..
Tapi tahukah kita, sebenar nya ayah lah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?
Semasa kecil, ibu lah yang lebih sering mendukung kita..
Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yang kita lakukan seharian ? 
Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak 
"sudah diberitahu! jgn minum ais!".
Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.?? 
Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam.
Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..
Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita?
Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.
Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kepercayaan nya...
Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau.. 
Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi...
tanpa menolak, beliau memenuhinya..
Saat kamu berjaya..
Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..
Ayah akan tersenyum dengan bangga.. 
Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..
Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..
Dan akhirnya..
Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan nya..
ayah pun tersenyum bahagia..
Apa kita tahu ?
bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis? 
Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..
Dan diapun berdoa 
"Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya".. 
Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk..
Dengan rambut yang memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..

love you ayah

Sunday, April 10, 2011

takde tajuk

seriously shit ...
xde idea na bebel hape ...
sebab xde hati na tulis ape2 ...


mana cik hati pergi ?

cik hati dah terbang , tak tau ke mana perginya ...

cik hati dah di bawak lari , tinggalkan tuannye ...

siapa yang bawak lari cik hati ?

entah lah ...

orang yang bawak lari cik hati tu terus hilang macam tu je ...
takde khabar berita langsung2 ...
xpe lah ...

kita kat sini doakan yang terbaik untuk orang kat sana ...
walaupun xde khabar berita , kita harap semuanya baik belaka ...

satu je pesan kita ...
jaga cik hati kita baik2 ...
kita bagi cik hati kat orang tu ...
sampai kita dah xde hati dah ...


jaga cik hati kita ,
mcm jaga nyawa sendiri ...
mcm kita jaga cik tomei , cik flora 


cik c3

 dgn cik polo orang tu ...
 

kita doakan yang terbaik untuk orang tu ...
walaupun kita dah xbersama dengan orang tu ...
harap orang tu pun doakan yang terbaik untuk kita ...

k lah ...

kita tatau na tulis ape dah ...
sebab nanti kalo tulis panjang2 ...
buat kita sedih , dan makin rindu ...
kita sayang orang tu ...

gudnite ...

Saturday, April 9, 2011

...orang yang mencintai kamu...

assalamualaikum...

da sekian lama xbebel2 kat sini...
busy sangat,plus nak dekat final exam pulak skrg ni...
so,masa byk hbs dgn buku la... *cehhh,ye2 je tu,hihi*
hehe,ritu de terbaca sumthing kat wall sorg kwn...
so mcm agak tertarik ati dgn ape yg dia post kan tu...
maka,dengan bangga nye..saya pun copy paste la post tu...
hihihihi,and post kan kt sini..
selamat membaca... ^__^

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu. 
6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS. 
7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu. 
8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu. 
9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya. 
10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu. 
11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu. 
12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya. 
14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’ 
16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih. 
17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu. 
18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi. 
19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya. 
21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya. 
22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu. 
23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

..happy reading guys..
p/s : to inche A ,i miss you.. T___T