Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, October 30, 2010

cinta sejati langit dan laut ^______^

cinta sejati langit dan laut

satu ketika dulu,langit dan laut saling jatuh cinta. mereka saling menyukai antara satu sama lain. oleh sebab sangat sukanya laut kepada langit,warna laut sama dengan warna langit. oleh sebab sukanya langit pada laut,warna langit sama dengan warna laut.

setiap senja datang,si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata 'aku cinta padamu' ke telinga langit.setiap kali si langit mendengar penuh cinta laut,langit tidak menjawab apa-apa,hanya tersipu-sipu malu,wajahnya kemerah-merahan.suatu hari,datang awan...

sebaik melihat kecantikan si langit,awan terus jatuh cinta pandang pertama terhadap langit.tentu sahaja langit hanya mencintai laut,setiap hari hanya melihat laut sahaja..awan sedih,namun tidak berputus asa,mencari cara dan akhirnya mendapat akal.awan mengembang kan dirinya sebesar mungkin dan menyusup ke tengah-tengah di antara langit dan laut,menghalang pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.

laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit,sehingga dengan gelombangnya laut berusaha mengusir awan yang mengganggu pandangannya.tetapi,tentu sahaja tidak berhasil.lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan langit dan laut.angin rasa harus membantu mereka menyingkirkan awan yang mengganggu.

dengan tiupan yang keras dan kuat,angin meniup awan.awan terpecah-pecah menjadi banyak bahagian,sehingga tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas,tidak berupaya lagi mengungkapkan perasaan terhadap langit.kerana berasa terseksa dengan rasa cintanya yang menggunung tinggi terhadap langit,awan menangis sedih.

hinggalah sekarang,kasih antara langit dan laut tidak terpisah.kita juga boleh melihat di mana mereka menjalin kasih.setiap kali memandang ke hujung laut,dimana ada satu garis di antara laut dan langit,di situ lah mereka berpacaran.

hehehehe,so cane ngan cite ni?romantik kan?teguh and sgt tulus cinta diorang ni...kita boleh ambik iktibar psl ketulusan cinta diorg ni,pe jadi pun diorg msh tetap bersama.satu jela pesan aku,jgn la jd cam cik awan tu...bina bahagia atas derita orang lain,tak bek weiii.sebab satu ari nanti korang akan dapat balasan yang sama cam ape yg korang penah buat kat orang len dulu.bersepah lagi org tuk korg,jgn la kaco hak orang lain...sekian,maseh...

No comments:

Post a Comment