Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 19, 2011

7 jenis CINTA

Assalamualaikum.. dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. 
dengan memahami jenis kisah cinta kita, happy ending bukan sekadar mimpi & nak tahu apa saja cerita cinta itu?? Jom..   
 
1. CINTA PERTAMA 
Kadang-kadang boleh berubah seiring dgn waktu. SO, pandai2la bagaimana merawatnye supaya cinta pertama tetap segar.. first love never dies.. yang pertama belum tentu yang terbaik.. tetapi yang terakhir biasanya yang terbaik.. 
2. CINTA PEMBIMBING 
Hmm.. yang ni biasanye dialami oleh sebahagian besar wanita. Kebanyakan daripada kita ingin mendapatkan pasangan yang boleh memberi pengetahuan tentang segalanya. Pasangan yang juga boleh menjadi guru seorang yang boleh kita jadikan idola dan yang dapat menolong mengembangkan bakat diri kita.  
3. CINTA MENGGODA 
Seseorang yang terlalu mencintai kekasihnya, walaupun telah ditinggalkan pergi tetap yakin bahawa si dia tetap akan kembali kepadanya.  
4. CINTA BERBEZA STATUS
Hal ini tak jadi masalah andainya kedua2 belah pihak aman bahagia. Tapi perbezaan status sosial yang terlalu jauh kadangkala boleh membuat salah satu pihak merana bila ikatan emosi di antara keduanya kurang kuat macam kisah cinta Kassim Selamat peniup saksofon dengan Sabariah anak Nyonya Mansor tu la.   
5. CINTA 3 SEGI
Tak kurang juga ada wanita yang tertarik kepada lelaki yang dah terikat atau sebaliknya ada wanita yang gemar main cinta walaupun dah terikat. Dalam hal ini,telah menimbulkan cabaran dan dugaan yang cukup sukar ditepis  
6. CINTA SI PENYELAMAT 
Ini kisah cinta apabila kita selalu menolong si dia setiap waktu, setiap masa. Si dia menganggap bantuan kita ikhlas, sedangkan kita pula menunggu balasannya..so, berikanlah cinta yg tulus kepadanya..Think positive!   
 7. CINTA DAN USAHA 
Cinta itu perlukan usaha jugak..mana boleh kita duduk dalam rumah menunggu saja org masuk meminang..usaha kene ada juga. Oleh itu..berusahalah kita utk mendapatkan cinta yg kita inginkan.   Apa yg pasti cinta yg Agung itulah yg kekal abadi dan kasih manusia sering bermusim . sayang manusia tiada abadi Kasih Tuhan tiada bertepi..sayang Tuhan janjiNya pasti.. 
wassalam… 
^__^

1 comment: