Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 16, 2012

jangan bersedih

jangan bersedih duhai hati , kerana qada' telah ditetapkan.
sesuatu yang telah ditakdirkan telah terjadi , pena-pena telah mengering ,
lembaran-lembaran catatan ketentuan telah pun dilipatkan dan
setiap perkara telah ditetapkan. kesedihan tidak akan dapat 
mendahulukan atau melambatkan kenyataan yang terjadi dan tidak
juga mampu menambahkan atau mengurangkan
apa yang telah ditetapkan.
jangan bersedih duhai hati , kerana kesedihan itu akan mendorong untuk
menghentikan putaran roda zaman. menyelubungi matahari agar
tidak terbit. memutarkan jarum jam kembali ke masa lampau ,
mengudur ke belakang dan mengembalikan aliran air sungai
kepada sumbernya semula.
jangan bersedih duhai hati , kerana kesedihan itu laksana badai yang
merosakkan cuaca, membuat air bah di mana-mana, mengubah
cuaca langit dan mencacatkan keindahan bunga-bunga yang sedang
mekar berseri di taman. jangan bersedih duhai hati, kerana orang yang merasa
sedih itu bagai sungai. muaranya ke laut dan mengalir kembali ke
laut. dia juga ibarat seorang wanita yang menguraikan tenunan
yang kuat pintalannya, ibarat seorang musafir yang meniup bejana
kulit yang berlubang-lubang atau ibarat seseorang yang menulis
di atas air dengan tangannya.
jangan bersedih duhai hati, kerana usia yang sebenarnya adalah
kebahagiaan dan ketenangan hati. oleh sebab itu, jangan
persiakan usia dalam kesedihan. jangan biarkan malam-malam
dalam kecemasan. jangan tukarkan kebahagiaan dengan
ketakutan dan jangan sia-siakan waktu yang masih tersisa.
kerana sesungguhnya Allah tidak sukakan mereka
yang mempersiakan masa dan waktu.

No comments:

Post a Comment